Tentang Edenture
Kami bantu anda merancang percutian dengan lebih mudah, dari pilihan destinasi hingga persediaan berlepas. Santai-santai je.

Kisah Kami
Edenture bermula daripada satu prinsip ringkas iaitu santai-santai je. Kami percaya merancang percutian tak sepatutnya lebih memenatkan daripada percutian itu sendiri. Sejak 2021, kami bantu ribuan warga Malaysia keluar dari rutin harian tanpa perlu risau soal logistik.
Dari pasangan berbulan madu hingga geng kawan lama, kami susun setiap perjalanan supaya anda hanya perlu fokus pada satu perkara iaitu berehat.
Kenapa ramai pilih Edenture
Percutian patut memberi ruang untuk berehat. Kami bantu anda merancang, dari pilihan pakej hingga persediaan berlepas.
Pilih ikut cara anda
Group Trip untuk mengembara bersama kumpulan atau Private Trip untuk percutian peribadi.
Keperluan Muslim diutamakan
Semak kemudahan makanan dan itinerari mesra Muslim dalam setiap pakej.
Butiran harga yang jelas
Lihat kadar peserta, deposit serta senarai termasuk dan tidak termasuk sebelum menempah.
Mudah berbincang
Hubungi admin melalui WhatsApp untuk pertanyaan, persediaan dan bantuan tempahan.
Fleksibiliti Percutian
Sama ada nak ikut group (Open Trip), private, atau corporate — kami sediakan pilihan ikut gaya percutian anda.
Jom rancang percutian seterusnya
Ada destinasi dalam fikiran? Cerita pada kami, kita rancang sama-sama.
Jom berbincang